99 nama asmaul husna beserta makna dan fadhillah mengamalkannya.

Berikut ini adalah 99 nama Allah beserta makna dan keutamaan mengamalkannya:

1. Allah Artinya Yang mengeluarkan sekelian makhluk dari tiada menjadi ada.

Apabila dizikirkan 500 X setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. Al Rahman (Maha Pemurah)

Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 X , maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. Al Rahim (Maha Penyayang)

Apabila dizikirkan sebanyak 100 X setiap hari , InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. Al Malik (Maha Merajai/memerintah)

Apabila dizikirkan sebanyak 121 X setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. Al Quddus (Maha Suci)

apabila dizikirkan sebanyak 100 X setiap pagi setelah tergelincirnya matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki dan lail-lain.

6. As Salaam (Maha Memberi Kesejahteraan)

Apabila dizikirkan sebanyak 136 X, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sehat & sejahtera.

7. Al Mu’min (Yang Memberi Keamanan)

Apabila dizikirkan sebanyak 236 X , InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. Al Muhaimin (Maha Pemelihara)

Apabila dizikirkan sebanyak 145 X sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan terang & bersih.

9. Al Aziz (Maha Gagah)

Apabila dizikirkan sebanyak 40 X sesudah solat subuh, Insyaallah kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan,

 

10. Al Jabbar (Maha Perkasa)

Apabila dizikirkan sebanyak 226 X pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. Al Mutakkabir (Maha Megah/Yang Memiliki Kebesaran)

Apabila dizikirkan sebanyak 662 X maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.

12. Al Khaliq (Maha Pencipta)

Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731 X, Insyaallah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran. Amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13. Al Baari (Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan))

Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 X selama 7 hari berturut-turut, Insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14. Al Mushawwir (Yang Membentuk Rupa (makhluknya))

Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cobalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air dan dibacakan “Ya Mushawwir” sebanyak 21 X, Kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari sahaja. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 X. Insyaallah akan dikurniakan anak yang soleh.

15. Al Ghaffar (Maha Pengampun)

Sambil beri’tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 X sambil menunggu masuknya solat Jumaat. Insyaallah akan diampunkan dosa dosa kita.

 

16. Al Qahhar (Yang Memaksa)

Zikir mengikut kemampuan atau sebanyak 306 X, maka hati kita akan dijaga dari

ketamakan & kemewahan dunia & Insyaallah orang-orang yang selalu memusuhi

kita akan sadar & tunduk akhirnya.

17. Al Wahhaab (Maha Pemberi Karunia)

Dizikir sebanyak 100 X sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insyaallah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. Ar Razzaaq (Maha Pemberi Rezeki)

Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh. Insyaallah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga. Tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19. Al Fattaah (Maha Pembuka Rahmat)

Dizikir sebanyak 71 X sesudah selesai solah Maktubah. Insyaallah hati kita akan dibuka

oleh Allah sehingga mudah menerima nasihat agama.

20. Al Aliim (Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu))

Dizikir sebanyak 100 X setiap selesai solat Maktubah, Insyaallah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

 

21. Al Qaabidhu (Yang Menyempitkan (makhluknya))

Dizikirkan 100 X setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. Al Baasithu – Yang Melapangkan (makhluknya)

Bagi mereka yang berniaga atau mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, Insyaallah rezeki akan menjadi murah.

23. Al Khaafidh – Yang Merendahhan (makhluknya)

dizikirkan sebanyak 500 X setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawwaduk, Insyaallah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh mertabatnya.

24. Ar Raafi’ – Yang Meninggikan (makhluknya)

Dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 X, Insyaallah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. Al Mu’izz – Yang Memuliakan (makhluknya)

Dizikirkan sebanyak 40 X setiap hari, Insyaallah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

 

26. Al Mudzil – Yang Menghinakan (makhluknya )

Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, insyaallah si penghutang akan sadar & membayar hutangnya kembali.

27. Al Samii’ – Maha Mendengar

Sekiranya ingin doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solat Dhuha, Insyaallah doa akan mustajab.

28. Al Bashir – Maha Melihat

Dizikirkan sebanyak 100 X sebelum solat Jumaat, Insyaallah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. Al Hakam – Maha Menetapkan

Dizikirkan sebanyak 68X pada tengah malam dalam keadaan suci, Insyaallah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. Al Adllu – Maha Adil

Dizikirkan sebanyak 104 X setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, Insyaallah diri kita selalu dapat berlaku adil.

 

31. Al Lathiff – Maha Lembut

Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, Insyaallah bagi para peniaga, ikthiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

32. Al Khabiir – Maha Mengetahui Rahasia

Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. Al Haliim – Maha Penyantun

Dizikirkan sebanyak 88 X selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, Insyaallah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. Al Azhiim – Maha Agung

Dizikirkan sebanyak 12 X setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, Insyaallah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 X kemudian ditiupkan pada tangan lalu diucap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, syaitan dan sebagainya.

35. Al Ghafuur – Maha Pengampun

Bagi orangyang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, Insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah.

 

36. As Syakuur – Maha Pembalas Budi (Menghargai)

Dizikirkan sebanyak 40 X selepas solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah. Insyaallah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. Al ‘Aliy – Maha Tinggi

Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 X

(dalam bahasa arab) lalu direndam pada air yang dingin dan diberikan si anak meminumnya, Insyaallah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. Insyaallah.

38. Al Kabiir – Maha Besar

Bagi seseorang yang kedudukannya telah di rampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1000 X selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat.)

39. Al Hafizh – Maha Menjaga

Dizikirkan sebanyak 99 X, Insyaallah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang

buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. Al Muqiit – Maha Pemberi Kecukupan

Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika tersesat di dalam hutan atau di mana saja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. Insyaallah badan kita akan menjadi kuat & segar karena rasa lapar telah hilang.

41. Al Hasiib – Maha Membuat Perhitungan

Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkanlah zikir ini sebanyak 777 X sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, Insyaallah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. Al Jaliil – Maha Mulia

Barang siapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, Insyaallah kita akan mendapati perubahan yang mengkagumkan – perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa di sedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. Al Kariim – Maha Pemurah

Untuk mencapai derajat yang tinggi & mulia di dunia maupun di akhirat kelak, maka

amalkanlah zikir ini sebanyak 280 X ketika hendak masuk tidur. Niscaya Allah akan

mengangkat derajat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. Ar Raqiib – Maha Mengawasi

Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 X setiap hari dengan niat agar barang-barang yang di khuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian maupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah, Insyaallah……

45. Al Mujiib – Maha Mengabulkan.

Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 X sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. Al Waasi – Maha Luas

Apabila di dalam kesulitan maka amalkanlah zikir ini sebanyak 128 X setiap pagi & petang, Insyaallah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini

sentiasa diamalkan, Insyaallah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. Al Hakiim – Maha Bijaksana

Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, Insyaallah akalnya akan menjadi cerdas & lancar di dalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300 X setiap hari.

48. Al Waduud – Maha Pencinta

Amalkan zikir ini sebanyak 11000 X pada setiap malam. Insyaallah kita akan menjadi

insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumah tangga kita akan sentiasa berada

di dalam keadaan harmoni.

49. Al Majiid – Maha Mulia

Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi

& menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkanlah zikir ini

sebanyak 99 X, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan dan usap ke

seluruh muka. Insyaallah semua anggota keluarga kita akan menyayangi &

menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. Al Baa’its – Maha Membangkitkan

Zikirkan sebanyak 100 X dengan meletakkan kedua tangan ke dada, Insyaallah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. As Syahid – Maha Menyaksikan

Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang atau sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 X secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. Al Haqq – Maha Benar

Perbanyakkan zikir ini, Insyaallah sangat berfaedah sekali untuk menebalkan

iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. Al Wakiil – Maha Memelihara

Sekiranya terjadinya hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka

ketika itu perbanyakkanlah zikir ini, Insyaallah bencana tersebut akan menjadi reda

& kembali seperti sediakala.

54. Al Qawiyyu – Maha Kuat

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan maupun berdepan dengan orang zalim.

55. Al Matiin – Maha Kokoh

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

 

56. Al Waliyy – Maha Melindungi

Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya, kedudukan kita akan kokoh & terhindar dari sebarang gangguan orang-orang yang bersifat dengki.

57. Al Hamiid – Maha Terpuji

Perbanyakkanlah zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah saja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. Al Muhshiy – Maha Mengkalkulasi

Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan di dalam petolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. Al Mubdi’ – Maha Menghidupkan

Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkanlah sebanyak 470 X setiap hari. Insyaallah…..

60. Al Mu’iid – Maha Mengembalikan Kehidupan

Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkanlah zikir ini sebanyak 124 X setiap hari sesudah solat. Insyaallah di pertunjukkan akan hasilnya.

 

61. Al Muhyii – Maha Menghidupkan

Amalkan zikir ini sebanyak 58 X setiap hari, Insyaallah kita akan diberikan kemuliaan, derajat dunia & akhirat kelak.

62. Al Mumiitu – Maha Mematikan

Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, Insyaallah akan dipermudahkan di dalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. Al Hayyu – Maha Hidup

Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah di dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. Al Qayyumm – Maha Mandiri

Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka zikir lah dengan “YA HAYYU YA QAYYUUM…” sebanyak 1000 X setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insyaallah akan tercapai segala hajat.

65. Al Waajid – Maha Penemu

Andai berkeinginan berkeperibadian yang kokoh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkanlah zikir ini.

 

66. Al Maajid – Maha Mulia

Demi kecerdasan otak & agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. Al Wahiid – Maha esa

Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 X setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insyaallah….

68. As Somad – Maha Diperlukan/ Tempat Meminta

Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin, Insyaallah, diri akan berasa segar sentiasa.

69. Al Qaadir – Maha Menentukan/ Maha Menyeimbangkan

Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkanlah zikir

ini sebanyak 305 X setiap hari, Insyaallah segala hajat akan berhasil.

70. Al Muqtadir – Maha Berkuasa

Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahiriah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita itu.

 

71. Al Muqaddim – Maha Mendahulukan

Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata “Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 X setiap hari, Insyaallah nescaya segala usahanya akan berhasil”.

72. Al Mu’akkhir – Maha Mengakhirkan

Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. Al Awwal – Maha Awal

Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 X, setiap hari, Insyaallah segala apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah.

74. Al Aakhir – Maha Akhir

Amalkan berzikir sebanyak 200 X sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, Insyaallah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. Az Zhaahir – Maha Nyata

Amalkanlah zikir ini sebanyak 1106 X selesai solat waktu di tempat sunyi (khalwat), niscaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta di beri kefahaman ilmu.

 

76. Al Baathin – Maha Ghaib

Seperti No. 75 juga, tetapi amalkanlah sebanyak 30 X sesudah solat fardhu.

77. Al Waali – Maha Memerintah

Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.

78. Al Muta’aalii – Maha Tinggi

Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu menghadap, Insyaallah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. Al Barri – Maha Penderma

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, Insyaallah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. At Tawwaab – Maha Penerima Taubat

Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah  memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. Al Muntaqim – Maha Penyiksa

Jika berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap hari sesudah solah fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.

82. Al Afuww – Maha Pemaaf

Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, niscaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. Ar Ra’uuf – Maha Pengasih

Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkanlah zikir ini seberapa mampu baik pada waktu siang maupun malam.

84. Malikul Mulk – Penguasa Kerajaan (Semesta)

Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 X sesudah solat fardhu & 212 X pada setiap malam selama sebulan. Insyaallah akan mendapat pertolongan Allah.

85. Dzul Jalaali Wal Ikraam – Pemilik Kebesaran Dan Kemuliaan

Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 X setiap hari selama sebulan, Insyaallah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

 

86. Al Muqsith – Maha Adil

Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, Insyaallah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. Al Jamii’ – Maha Mengumpulkan

Sekairannya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

89. Al Ghaniyy – Maha Memberi Kekayaan

Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, Insyaallah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

90. Al Maani – Maha mencegah

Mintalah kekayaan yang bermanafaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini. Insyaallah segala hajat kita akan tercapai.

 

91. Ad Dhaar – Maha Memberi derita

Asma’ ini sangat berguna di dalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama diidap & telah berusaha diobati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 X pada setiap hari. Insyaallah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.

92. An Nafii’ Maha Memberi Manafaat

Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. An Nuur – Maha Bercahaya (Menerangi/Memberi Cahaya)

Menurut Sheikh Ahmad Bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia maupun kebaikan akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. Al Haadii – Maha Pemberi Pertunjuk

Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian dia tersesat, hendaklah dia memohon pertunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insyaallah akan diberikan pertolongan oleh Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. Al Baadii – Maha Pencipta

Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berhasil & berjalan lancar, maka zikirkanlah dengan zikir ini sebanyak 500 X selepas solat fardhu. Insyaallah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berhasil & berjalan lancar.

 

96. Al Baaqii – Maha kekal

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, Insyaallah dengan ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. Al Waarits – Maha Pewaris

Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 X selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 X . Insyaallah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. Ar Rasyiid – Maha Pandai

Walaupun kita tergolong di dalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, Niscaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99. As Shabuur – Maha Sabar

Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama, seratus kurang satu. Barangsiapa memperhitungkannya dia masuk surga. (Artinya, mengenalnya dan melaksanakan hak-hak nama-nama itu). ( HR. Bukhari)

Alloh mempunyai Asmaaul Husna, maka berdoalah kepadaNya dengan menyebut Asmaul Husna itu (Al ‘Araaf : 180).

Demikianlah kita dapat mengenal Asmaul Husna, semoga kita dapat mengamalkannya.

Posted on November 12, 2013, in 99 nama asmaul husna makana dan fadhlillah and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komentar.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google

You are commenting using your Google account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: